Sunday, April 22, 2012

Sentimental Sket

Sesekali aku nak saje undurkan masa dalam memastikan aku dapat merasakan saat2 pasukan ini mula2 dicipta. Namun masa bukanlah benda yang boleh diundurkan. Saat2 itu akan kekal menjadi nostalgia dalam hidup aku dan semua ahli pasukan Sambal FC. Aku ada cuba call ahli pasukan yang dah lama menghilang: Iteq: Aku dah kaki bangku sekarang ni. Mungkin sekarang dia sedang ghairah bekerja kowt. hahaha.. Wan: Entahlah.. makin senyap dia skrg ni. Dah tukar nombor dah pun. Aku je belum try call dia. An: Sejak menjadi bapa ni, dia semakin busy. Aku pun pernah laluinye. Kena sesuaikan diri ngan suasana baru. Entahlah, sukar bagi aku nak senaraikan barisan pemain tetap Sambal FC.. Aku harap ini bukan hanya harapan kosong..

Saturday, March 31, 2012

Friendly

Assalamualaikum,

Malam ini perlawanan persahabatan diadakan dengan pasukan Kilang LNG.

Senarai pemain Sambal FC:

Anep (GK)
Ayol
Anoh
Ali
Satok
Luwie
Edir
Naim

Permainan yang amat bermakna buat pasukan untuk memanaskan badan. Sekian lama sudah berehat. Harap2 dapat pendedahan yang macam ni lagi.

Sunday, October 23, 2011

Loaned Player Report

23.10.2011-Kompleks Belia & Sukan, Paroi - Pertandingan futsal peringkat Parlimen Ampangan telah diadakan di sini dan disertai oleh 32 pasukan dari pelbagai pasukan. Menariknya pertandingan ini ialah nama pasukan. Ini kerana semua pasukan menamakan pasukan dengan tempat mereka wakili. Macam pasukan yang disertai oleh dua ahli pasukan Sambal FC dinamakan "Jalan Tuanku Antah". Ironik kan?

Jadi, inilah gambar2 yang aku dapat ambil ketika di sana.

Friday, October 21, 2011

Dua Pemain Dipinjam

Salam,

Berita terkini. Dua pemain Sambal FC telah dipinjam untuk menyertai sebuah pertandingan yang akan di adakan pada 23.10.2011 di Kompleks Belia & Sukan, Paroi.

Pada mulanya pasukan tersebut hanya memerlukan Anep sebagai penjaga gol pasukan tetapi setelah menilai prestasi Md Nuh, mereka juga berminat.

Jika berjalan lancar, ini boelh menjadi medan pemanas badan bagi pemain Sambal FC yang terpaksa berehat kerana komitmen pemain2 lain yang tidak mengizinkan untuk Sambal FC menyertai mana2 pertandingan..


Thursday, July 07, 2011

TERKINI

INGAT TAK PADA SALAH SEORANG AHLI PASUKAN KAMI, TAMEK?? SEKARANG DIA SUDAH MERANTAU NUN JAUH DI KLANG DAN SEKARANG DIA SUDAH KURUS!! SYABAS! AKU PUN CUKUP BANGGA DENGAN DIA KERANA TELAH BERJAYA MENGURUSKAN KEMBALI BADAN DIA. NAH GAMBAR DIA.. ANDA PASTI TIDAK PERCAYA.

Sambalian Regime

Well, apa khabar pembaca setia blog kelab Sambal FC?!!! Harap semua sihat2 belaka. Seakan2 lama sudah blog ini tidak ter'update' lantaran kesibukan aku untuk menulis.

Well, mana nak start, ya? Hurm.. OK. Berita terbaru. Baru2 ini telah berlangsung beberapa perlawanan persahabatan diantara pasukan Sambal FC dengan beberapa pasukan.
1st dengan budak Giatmara Muar. Sesungguhnya pasukan ini amat hebat kerana dibarisi dengan ahli pasukan yang muda2. Lantaran itu, pasukan Sambal FC mengambil langkah berjaga2 dalam mengatur strategi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Sambal FC berjaya mengekang dari pasukan Giatmara untuk terus menjaringkan gol. Aku bangga.
2nd dengan pasukan Parit Haji Baki. Secara teorinya pasukan ini dah lama wujud dalam sejarah aku sejak mewakili pasukan TBT United lagi. Pasukan ini agak hebat namun tak pernah menang kerana kealpaan beberapa pemain mereka yang membuat mereka bolos di saat2 akhir perlawanan. Tetapi kali ni pasukan ini amat lain. Dibarisi dengan pemain baru dan diketuai oleh Naim, salah seorang ahli pasukan. Ahli pinjaman lebih tepat kerana dia sudah ada pasukan dia sendiri dan aku perlu hormati dia. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar kerana pasukan Sambal FC dah semakin kuat dan mampu bersaing. Namun, Ali dan Edir masih lagi perlu mencari keyakinan diri masing2 dalam mengatasi pihak lawan. Pendek kata, pasukan Sambal C berjaya mengalahkan pasukan tersebut. Alhamdulillah.
Last, kami baru sahaja bermain dengan team tuan rumah, Galaxy. Pasukan yang cukup hebat dengan sepakan deras dan taktik. Pada mulanya agak sukar, namun kekangan dah mula dan keserasian pasukan tanpa Naim & Zul yang bermain untuk pasukan lawan menyukarkan kami kerana mereka sudah tahu cara kami bermain namun, pasukan semakin memahami dan aku amat bangga dengan pertahanan pasukan yang cukup kental. Walaupun tewas, aku harap pengalaman ini dapat membantu pasukan. Walaupun tanpa ayam tambatan Naim & Zul, pasukan ini tak hancur. Alhamdulillah.

Kesimpulannya aku bangga dengan perkembangan pasukan ini. Harap ini dapat membantu dalam misi kami untuk menang dalam pertandingan yang akan datang.

GANBATTE SAMBALIAN..

Thursday, June 17, 2010

New Regimes!


Kata orang, bila kita berada di penghujungnya kita rasa macam apa yang kita buat selama ini akan berkubur bersama-sama dengan kite. Aku macam dah berputus asa dengan pasukan Sambal FC sebenarnya kerana dah masuk bulan 6 tetapi masih gagal menyertai mana-mana tournament. So, aku dapat panggilan dari Ah Hock, tauke Real Soccer tempat aku main futsal di Muar utk menyertai tournament tertutupnya. So, aku cakap ngan Ayol dan minta pendapatnya. Dia kata OK tetapi terpaksa bermain dengan beberapa pemain bawah 17tahun. Aku ON je tetapi macam mana nak yakinkan ahli pasukan lain.

Ternyata betul jangkaan aku.
Anoh tak dapat balik Muar. Sampai sekarang dia asyik mengeluh kerana tak dapat join.
Buyut, diam seribu bahasa.
Tamek pun sama. tak balik Muar pun.
An, concern fitness dia & last minute call dari office dia.
Yang lain, sms pun tak reply.

so, beginilah barisan pemain Sambal FC;

Anep(GK)
Ayol
Ali
Edir
Yuri
Na'im
Hazim
Wan Chayok.

Keputusan perlawanan;

Sambal FC 2-2 Budak Sabah
Sambal FC 0-3 Marin

Walaupun sekali lagi tewas, tetapi aku bangga kerana walaupun pasukan ini kali ni dibarisi oleh pemain bawah 17tahun, masih mampu memberi saingan.

Ganbatte Sambalians!!

Wednesday, May 19, 2010

Tournament??

2 minggu lepas aku dapat panggilan dari Sepul@Peter yang mengatakan 22hb ni ada tounament di BP. Tersentak jugak aku bila kali ni aku seakan2 give-up je nak bertanya ngan players untuk menyertai tournament tersebut. Sudahlah semua aku belum rancang. Adakah impian kami akan berkubur??